Tuesday, August 2, 2011

hanya sebulan ini je..

Bismillahirahmanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Saw..

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke2 Ramadhan, 2 hari kita dah berpuasa.. Subhanallah, janganlah ramadhan yang mulia ini kita sia-siakan.. Kenapa baru hari ini? Ya, aku pun terfikir jugak kenapa baru hari ini aku post pasal Ramadhan.. Kenapa tidak semalam. Saja je nak mencipta kelainan daripada orang lain..

Oh ya, sebelum pergi jauh, ingin sekali aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa buat anda semua.

Buat sahabat-sahabat yang mungkin terbaca blog ini samada sengaja atau tidak sengaja, mari muhasabah balik.. Dalam 2 hari Ramadhan yang telah berlalu itu, ada tak kita mensia-siakannya? Terjagakah perkataan kita, perbuatan kita, perlakuan kita.. Atau masih sama seperti sebelum tibanya Ramadhan? Terjagakah semuanya??

Kita yang biasa menjadikan MOVIE sebagai tontonan harian, sudah sejauh manakah kita meninggalkannya di bulan ini? Kalau movie yang bermanfaat seperti Sang Pencerah ke, Imam Muda ke dan sebagainya,boleh jugak dimaafkan selagi mana ia tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah. Tapi kalau movie macam movie korea, jepun, ore puteh, hindi, melayu dan sebagainya, tinggalkanlah seketika. Begitu juga kita yang biasa menjadikan musik-musik lagho sebagai halwa telinganya, tinggalkan la seketika.

Adapun kita yang biasa mengeluarkan perkataan yang kurang sedap didengar oleh telinga seperti senget ke, bongok ke, bodoh ke dan sebagainya, jagalah mulut tu supaya berbahasa yang lebih sopan. Katakanlah yang baik-baik saja ataupun diam.

Dan banyak lagi benda yang kurang baik itu perlu ditinggalkan. Kalau tak mampu nak tinggalkan terus, tinggalkanlah seketika pada bulan ini. Hentikan seketika. Hanya sebulan ini sahaja. Demi menghormati Ramadhan yang mulia ini. Janganlah kedatangan Ramadhan kali ini kita sia-siakan. Mulakan perubahan dalam diri. Perlahan-perlahan. Tekadkan dalam hati, 'AKU NAK BERUBAH'. Doa pada Allah, 'YA ALLAH, AKU NAK BERUBAH'.

Untuk kesekian kalinya, ingin aku ulang ayat yang selalu sangat kita dengar.
Manusia ni ada 3 kategori;
1) Manusia yang beruntung, ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam.
2) Manusia yang terpedaya, ialah orang yang hari ini sama seperti semalam.
3) Manusia yang rugi, ialah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam.

Pilihan ada di tangan kita. Berkualiti atau tidak tauliah yang kita dapat selepas Akademi Ramadhan nanti, semua itu bergantung pada diri kita. Siapa berusaha,dia akan dapat balik apa yang diusahakannya. Pilihlah kerana Allah..


" Ya Allah, ringankan seluruh anggota badanku untuk melakukan ibadah kepadaMU Ya Allah.. Ringankanlah Ya Allah, Ringankanlah Ya Allah, Ringankanlah Ya Allah"

p/s: Jangan malas pergi tarawih, dan jangan malas melakukan ibadah-ibadah lain. Kita bukan anak didik syaitan kan selama 11 bulan lepas? Tanya balik diri sendiri..

~semoga dipermudahkan~

Tuesday, July 5, 2011

bukan sekadar 5 Julai

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Saw...

Post ni ringkas je..
Tak panjang berjela macam selalu..
Sebab badan mula minta rehat..
Jadi menulis pun agak penat..
Namun hati kata mesti tulis jugak...
Istimewa untuk malam ini..
Baiklah,aku tuliskan...

Hari ni 5 Julai 2011..
Semakin menjengah alam dewasa nampaknya..
Tidak-tidak...(menggeleng kepala)
Umur aku memang 23 tahun...
Itu hanya rekod di Jabatan Pendaftaran Negara je...
Hakikatnya aku muda lagi...
Baru menjengah ke usia 5 tahun..
Tahun ni aku berusia 5 tahun..
Percaya ke tidak?
Percaya la... aku tak tipu...

5 Julai tu hari yang sangat istimewa...
Tidak bagi orang lain..
Tapi, ya bagi aku...
Tiap tahun aku nantikan tanggal itu...
Bukan kerana ianya hari lahirku...
Tapi...
Kerana..
5 Julai itulah...
Pada hari itu...
Hari aku menjadi 'Iman'..

"Ya Allah, tambahkan iman dalam hati ini seiring dengan bertambahnya usiaku"

~semoga dipermudahkan~

Sunday, July 3, 2011

Selamat melalui bulan suai kenal!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Saw...

Di kala sekalian manusia sibuk berbicara tentang BERSIH, aku melarikan diri sekejap daripada topik itu mengikut citarasaku sendiri.. Nak kupas panjang lebar pasal BERSIH, aku x se'teror' Kak Sufi Haraki. hehe...

Sedar ke tak sedar hari ni=3 Julai 2011=1 Syaaban 1432 H? Maknanya ape? Maknanya tinggal sebulan lagi untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Kita sekarang sudah memasuki bulan suai kenal Ramadhan atau bulan orientasi Ramadhan, sebelum menjejakkan kaki ke Akademi Ramadhan. Subhanallah. Berdebar rasa di hati bagai menanti kedatangan seseorang yang sangat beerti dalam hidup. Sudah banyakkah persiapan yang kita buat untuk masuk ke dalam Akademi Ramadhan itu? Sudah banyakkah latihan yang kita buat untuk memastikan kita dapat buat yang terbaik masa berlangsungnya akademi itu nanti? Jawapannya ada pada kita sendiri.

Tak tau kenapa Ramadhan kali ini aku rasa bagai ternanti-nanti kedatangannya. Rindukah aku pada bulan itu? Ntahlah. Namun, kadangkala takut itu bertandang di hati. Takut seandainya tidak dapat membuat yang terbaik untuk diriku. Takut seandainya aku menjadi orang yang mensia-siakan kedatangannya. Malu pada Rasulullah. Baginda membuat persediaan untuk Ramadhan 6 bulan sebelum ketibaan Ramadhan. Kita pula bagaimana? Saya yakin masih ada antara kita yang masih belum habis lagi melangsaikan hutang puasa tahun lepas walaupun kini sudah tiba bulan Syaaban!

Ayuh sahabat-sahabat semua.. Mari menjadi yang terbaik pada Ramadhan kali ini. Bukan untuk ana, tapi untuk diri anda..

"Allah berkata: Setiap amalan anak Adam baginya ganjaran pahala yang ada hadnya kecuali puasa. Ini kerana puasa itu bagi-Ku, dan aku yang memberikan balasannya"
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)


~semoga dipermudahkan~

Thursday, May 12, 2011

Kembara Cinta

Bismillahirahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi saw..

Lepas habis satu buku, satu buku lagi dibaca. Entah. Tak pernah rasa jemu membaca karya Ustaz Hasrizal. Sekarang tengah men'khusyuk'kan diri membaca buku Murabbi Cinta. Sekadar membaca mengambil iktibar daripada kisah-kisah hidup ustaz. Tidak ada maksud lain. Dalam banyak-banyak buku ustaz, yang paling best sekali bila membaca buku Rindu Bau Pohon Tin dan buku Secangkir Teh Pengubat Letih. Terasa diri berada di tempat yang ustaz ceritakan dalam buku beliau tersebut. Lantas rasa rindu itu datang. Rindu untuk pergi ke sana. Ke mana? Bacalah buku ustaz tu, baru tau ke mana diri ini ingin pergi.

*Murabbi Cinta*

*Rindu Bau Pohon Tin*

*Secangkir Teh Pengbat Letih*

Hari Selasa baru-baru ni, kawan-kawan sibuk menyediakan diri untuk pergi ke negeri Serambi Makkah. Bercerita pasal Makkah. Kedengarannya ramai sahabat-sahabat yang akan menunaikan umrah pada musim cuti ini. Seketika sebak di dada. Bilakah diri ini mampu ke sana? Belum ada rezeki nampaknya. Selalu saja terbayang-bayang berdoa di depan Kaabah, pergi ke makam nabi dan sebagainya. Orang kata, doa depan Kaabah itu mustajab. Ingin sekali pergi ke sana dan mendoakan sesuatu untuk mereka yang tersayang agar kembali kepada fitrah. Ah! Kuat sungguh berkhayal. Sebab selalu sangat baca Buku En. Abdul Latif Talip agaknya. Buku-buku karya beliau banyak bercerita tentang sirah-sirah yang menggambarkan latar tempat ketika itu. Lantas aku pun terbawa-bawa diri ke latar tempat yang diceritakan.

Oh ya, esok aku dan beberapa orang lagi sahabat-sahabat bakal mengembara ke negeri Serambi Makkah. Mangubat rindu yang sekian lama terpendam ini. Semacam agak lama tidak ke sana. Biarlah orang kata, 'ada apa kat sana?'. Dan aku akan jawab, 'ada cinta yang sukar terungkap dengan kata'. Aku namakannya 'Kembara Cinta'. Terdapat satu kekaguman pada negeri itu. Satu-satunya negeri yang telah 22 tahun bernaung di bawah pemerintahan ulama. 22 tahun bernaung di bawah pemerintahan Islam. Itu yang penting. Dan esok aku akan ke sana untuk kesekian kalinya. Tidak pernah jemu walaupun sudah berkali-kali menjejakkan kaki ke sana.

*Rindu mau ke sana*

Doakanku dan sahabat-sahabatku. Doakan kami selamat sampai di sana. Sebelum mengakhiri post ni, saya nak sarankan awak yang sedang membaca post saya ni (jangan buat-buat tengok orang lain pulak.. Awak aje yang tengah baca post ni), baca la buku Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih tu. Kalau yang tengah baca tu, habiskan la. Kalau yang tak baca lagi, bacalah. Awak akan rasa satu perasaan rindu tu datang dalam hati. Mungkin sebab ustaz menulis dengan hati, sebab tu la setiap karya dia sangat mengusik perasaan saya. Subhanallah..

~moga dipermudahkan~

Wednesday, January 26, 2011

Sepi yang lama daripada biasa...

Memang pun.. lama x menulis.. ntah sibuk dengan apa.. Tanggungjawab dh bertambah. Banyak yang perlu difikirkan.. Nk jd golongan mufakkirin agaknya.. Doakan.. Sepi bukan bermaksud nak menunggu orang mencari @ menanti tulisan tangan ini(ternyata bukan objektif pembukaan blog ini). Sepi kerana hambatan masa, berkejar-kejar, pintas memintas dengan masa. Terfikir nak post sesuatu. Sebagai hadiah buat diri dan pelawat yang sering berkunjung ke teratak yang x seberapa ini.

Terbanglah Wahai Rerama

"Sejak mula kerja ni macam mana hidup kau?"

"Biasa saja. Pagi keluar pergi kerja, petang balik kerja, malamnya makan dan rehat."

"5 hari seminggu itu rutin kau? Tak bosan ke, bro?"

"Apa lagi boleh buat? Malam of course nak rehat, esok nak kerja lagi."

"Hujung minggu buat apa?"

"Haha. Kau tanya macam lah kau tak kenal aku. Macam belajar dulu juga la. Lepas Subuh, tidur puas-puas. Kalau tak keluar ke mana-mana, layan movie atau k-drama lah. bro"

Soalannya : Jika ini ialah rutin anda, selesakah begini?

Menjadi Ulat Lebih Bahagia?

Di sebuah tasik, tinggallah satu populasi ulat pemakan daun. Ulat-ulat ini begitu bahagia berkawan dan menjamu daun-daun hijau dari pokok-pokok kecil di sekitar tasik itu. Tidak sekalipun mereka terfikir untuk meninggalkan tasik itu, berhijrah ke kawasan lain, merasai enaknya daun-daun lain. Mereka takut, apa yang mereka ada sekarang adalah yang terbaik dan tidak ada di mana-mana tempat lain. Sayang sebab takut!

Sesekali, mereka bersedih bila ada antara mereka yang memanjat pada batang bunga lili, dan hilang tidak muncul lagi. Mereka faham benar, bila ini terjadi, kawan-kawan mereka telah tiada, mati dan hilang entah ke mana!

Suatu hari, seekor ulat teringin memanjat batang bunga lili tersebut. Desakan dalamannya kuat, bagaimanapun dirinya pernah diingatkan agar tidak sekali-kali berbuat begitu. Nekad, si ulat akan memanjat batang pokok lili tersebut, dan ia berjanji pada dirinya untuk kembali kepada kawan-kawannya di sini.

Sampai di puncak batang bunga lili, si ulat ini kepenatan. Hangat mentari betul-betul membuatnya mengantuk. Si ulat mahu tidur sebentar. Ketika si ulat sedang tidur, badannya berubah. Bila si ulat ini bangun, ia melihat badannya tidak lagi seperti dulu, malah mempunyai sepasang sayap yang cantik.

Terbanglah Duhai Rerama!

Si ulat itu tadi kini adalah seekor rama-rama. Dia kini boleh terbang! Sedang ia terbang, ia merasakan apa yang dilihatnya kini sebenarnya jauh lebih membahagiakan, berbanding hanya hidup memakan daun sahaja sebelum ini.

Terbanglah, sayang!

Keluarlah dari Kepompong Selesa

Ayuh, keluarlah dari kepompong selesa kita. Hidup ini terlalu indah untuk dijalani dengan rutin yang sama. Jalanilah dengan indah!

Hidup ini adalah tanggungjawab. Sesekali, pandanglah ke kiri dan ke kanan kita. Apakah kita tidak punya tanggungjawab lain selain apa yang kita ada sekarang? Apakah kita tidak akan dipertangungjawabkan di atas semua (kelalaian) ini?

Sesungguhnya, kita semua adalah pemimpin, bukan? Dan pastinya kita akan ditanya tentang semua ini, tentang bagaimana kita menjalani hidup. Hiduplah untuk kekal hidup. ^_^

Wallahu'alam..