Monday, April 23, 2012

monolog seorang hamba


kalau Tuhan kita kenali
kasih sayang dan perananNya
kalau Tuhan kita fahami
keagungan dan kekuasaanNya
kalau Tuhan kita rasakan
betapa Dia sangat cintakan hambaNya
kita akan sanggup berjuang
sanggup mati keranaNya
kita akan sanggup berkorban 
apa saja keranaNya
kalau Tuhan dikenali
cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
korbankanlah apa saja keranaNya
cintakan Tuhan cinta paling mahal
cintakan selain Tuhan cinta murahan
kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala galanya
kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita
kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
korbankanlah apa saja keranaNya
cintakan Tuhan cinta yg abadi
cintakan selain Tuhan cinta murahan

Baru pertama kali dengar lagu nie betul2.. selama nie dengar orang pasang jer.. ntah la kenapa sebelum nie macam tak rasa nak dengar. mungkin belum terbuka hati untuk mendengarnya kot. Suka dengar muzik dia nie, pastu dengan suara gemersik si penasyid dia nie. Tak sempat lagi nak berkenalan dengan penasyid2 nie. Nantilah. 

Setiap bait-bait lirik dia menarik. Lagu nie la. Lagu lain belum lagi diexplore. Nantilah. Semua part menarik. 

"Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya..."

Part yang di atas nie la yang best nie. Meleburkan ego seorang hamba Tuhan macam aku nie. Terfikir. sesuatu. di. kepala. Allahu Rabbi. Tuhan sendiri pun masih belum dikenal dengan sebenar-benarnya kenal. Sebab tu lah kalau dapat ujian daripada Allah tu, payahnya la nak sampai kepada tahap redha dengan ujian Allah tuh. Sebab apa? Sebab kita masih tak kenal Allah tu sapa. Banyak lagi lah.. 

"Cintailah Tuhan.. Dia adalah segalanya.."

Ya, Allah ada segala-galanya. Segala-galanya yang tidak ada pada makhlukNya. Kalau kita ada masalah, kita boleh cerita pada manusia, tapi belum tentu kita akan jumpa ketenangan, sebab manusia nie akalnya terbatas, nasihatnya terbatas, semua lah terbatas. Tapi kalau kita cakap pada Allah, sekejap jer akan datang ketenangan tu. Lepas nangis mengadu pada Allah tu, ok la tu lepas tu. Percayalah. Muhasabah nie bukan muhasabah namanya kalau masih tidak merasakan kehadiran Allah dalam muhasabah kita tuh.

"Cintakan selain Tuhan cinta murahan"

So, berhati-hatilah. Takut-takut dalam tak sedar kita menduakan cintaNya. kembalilah kepada Allah..kembalilah kepada Quran dan sunnah.. jiwa yang diberi hidayah.. akan rasa damai dalam pelukan Allah.. jiwa yang cintakan Dia.. akan merasa sengsara di saat berjauhan denganNya.. akan merasa terseksa di saat menduakan cintaNya tanpa sengaja.. Allah.. ampunkan dosaku.. kadangkala buta dalam menilai sebuah cinta.. kadangkala lupa bahawa cintaMu yang terindah.. kadangkala alpa terbuai dalam cinta murahan manusia.. Ya Allah.. janganlah cintaku pada dunia dan seisinya.. mengatasi cintaku padaMu Ya Allah..

~kalau Tuhan kita kenali~

Wednesday, April 18, 2012

Apa aku akan buat kalau..

Bismillahirrahmannirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi saw..

Puas aku fikir.. ntah apa yang aku fikir.. aku pun tatau..
Mencari Yang Maha Satu mungkin.. apa yang aku cari.. hmm..
Penat aku fikir.. aku still tak dapat jawapan..

Dalam monolog itu..
aku tertanya-tanya diri sendiri...
Apa aku akan buat bila suatu hari nanti aku tak jumpa sua biah solehah seperti sekarang nie?
Apa aku akan buat bila suasana sekitar aku sua tidak seperti di tempat aku berada sekarang nie? Masihkah mampu untuk ku terus menjaga iman di jiwa ini.. atau mungkin aku akan berubah mengikut suasana ketika itu? masih tiada jawapan.. aku ni bukan selamanya berada di tempat seperti aku berada sekarang.. dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat menjaga solat, menjaga aurat, menjaga hubungan dengan Allah jua hubungan dengan manusia. Bukan selamanya.. Suatu masa nanti aku akan pergi jua dari sini. Cuma tak tau lagi bila masanya. Dan yang paling aku perlu tanya pada hatiku ini.. Bersediakah aku untuk meninggalkan insan yang telah menapak dalam hatiku ini? Aku juga tiada jawapan untuk itu..

Whoaaa... kalau cakap pasal nie, terus aku akan rasa sebak sendiri.. Syahdu rupanya perasaan ini. Bukan senang nak jumpa suasana seperti sekarang. Walaupun kadangkala pening tengok sahabat kepeningan dengan gerak kerja, penat dengan masalah sahabat yang takkan pernah habis, kesian tengok sahabat study bagai nak gila, tapi seronok berada dalam suasana tu. Tak tau nak cakap macam mana seronoknya. Nanti mesti akan rasa kehilangan kalau dah tak berada dalam suasana tu. Dulu aku pernah rasa seperti tu masa buat Latihan Industri dekat Kelantan 3 bulan.. memang...tah la.. tak tau mo cakap macam mana.. Syahdu rupanya rasa bila berjauhan dengan sahabat keimanan.. hmm...

Berada di tempat baru yang orangnya bukan seperti sahabat2 yang kumiliki sekarang, mesti banyak cabarannya kan.. Bila keluar dengan orang yang pegang title 'faham agama' nie, lagilah banyak cabarannya. Cabaran dakwah. Berdakwah kepada orang yang beragama tapi tak mengamalkan agama nie lagi susah daripada berdakwah kepada orang yang tidak ada agama. Orang yang tidak ada agamanya, jiwa dia halus. Kalau Allah nak bagi hidayah pada dia, masa tu jugak Allah boleh bagi. Tapi orang yang beragama tapi tidak mengamalkan agama nie, mencabar lah yang penting.. Itu beza dia..

So sekarang dah kena mula berfikir solusi demi solusi pada persoalan yang terlintas di benak fikiran itu.. Bersedia dari segi fizikal dan mental. Semoga Allah sentiasa memandu setiap hala tuju yang aku akan pergi lepas nie. InsyaAllah.. ^^

~segenggam tabah~