Tuesday, January 8, 2013

Sutera Kasih

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi saw..

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Tika gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah.. tersingkap kebenaran
Terlerailah.. terbenam kepalsuan
Tuhan, padaMu ada kedamaian
Di ribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cintamu cinta tulus suci murni
Kasihmu nan abadi
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Meleburkan kerinduan syahdu pada Yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

*****************

Rasa macam dibelai-belai oleh sutera bila mendengar lagu nie. Sutera kan lembut sifatnya.
Terus rasa macam terbuai-buai walaupun takda angin.
Buat permulaan di tahun 2013. Ini kalilah. Hehe.
Aku suka dengar lagu ini. Ini antara lagu yang berjaya meng'hijrah'kan aku
menjadi seperti hari ini.
Cukup tersirat bagi yang pandai menghayatinya.
Orang kata aku nie jiwang. Si adeq kecik la yang salu cakap macam tu.
Tapi, bagiku ia bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan jiwang. Tapi, penghayatan.
Sesetengah orang sebenarnya tidak pandai membezakan antara jiwang dan penghayatan.
Jiwang nie bukankah sesuatu yang puitis? Puitiskah aku? Ehehe.. Macam tidak.
Penghayatan nie, bila kita hayati sesuatu, benda yang kita hayati tu,
akan memberi kesan kepada hidup kita. Ada setuju??
Hmm..

Tiba-tiba ada mood menulis malam ini. Tengah-tengah main zombie vs plant , ilham datang pulak.
Allah tak bagi main zombie la kot. Ehehe..
Minta maaf Allah, selalu membazir nikmat masa yang Kau beri. Astaghfirullah.
Nak tidur? Mata nampaknya tidak mengantuk. Dah jadi terbalik pulak, macam burung hantu.
Jadi, terhasillah tulisan yang tidak seberapa ini. Sekadar muhasabah diri di sepertiga malam.
Ya, jam 2 pagi tepat.

Jam 2 pagi. Waktu yang sesuai untuk berbual dengan Dia. dalam tahajjud cinta.
Juga waktu yang sangat sesuai untuk raksasa keluar mencipta kemenangan bergaya,
kerana Power Rangers Malaysia tengah nyenyak tidur.
Aku juga salah satu Power Rangers Biru tanpa kuasa tu,
jika bukan kerana aku tidak mengantuk malam nie.
Hmm...

Hilang sudah ruh Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fatih.
Yang ada tinggal buih-buih yang menanti saat pecahnya. Itu kita.
Umat akhir zaman seperti dalam hadis baginda. Rapuh. Mudah pecah. Kita la tu.
Umat pertama yang bakal dihisab di akhirat. Bersedia kah kita?
Nak bawa hadiah apa ye untuk Rasulullah yang telah bermatian mempertahankan Islam,
supaya Islam sampai pada kita hari ni??
Speechless. Terdiam l.a.m.a
Tidak tahu nak bagi apa.
Kalau dengan Rasulullah pun kita speechless, dengan Allah apatah lagi.
Mesti malu dan takut tak terkata nak jumpa Sang Pemberi Nikmat.
Malu kalau ditanya tentang nikmat-nikmat yang diberi, ke jalan mana ia digunakan.
Ke jalan lurus atau ke jalan yang bengkok.
Ke jalan syurga atau ke jalan neraka.
Takut saja nikmat itu banyak kita gunakan untuk memasukkan kita ke neraka.
Nauzubillah.

Dulu.. saat belum datang hidayah..
Rasa dekatnya dengan Dia, ada cinta bila mengingatiNya
Rasa tergetar hati bila menyebut Allah..
Kini, suara hidayah itu kian hilang.
Hilang kerana titik hitam itu semakin hari semakin tebal.
Sehingga menutupi aliran cintaNya ke dalam hati ini.
Atau mungkin suatu hari nanti laluan cinta itu
akan tertutup sepenuhnya? Nauzubillah.
Ya Allah, izinkan selamanya namaMu di hati.

Pencarian cintaNya itu
bukanlah satu pencarian jangka pendek
tidak dapat diukur dengan masa
tidak dapat dirungkai dengan segera
Perjalanan mencari cintaNya
suatu pencarian yang memenatkan
kerana ada mehnah yang perlu diharungi
Tanda setia kita padaNya
Jatuh bangun iman kita
Ada Dia yang memerhati
Walau tidak dilihat dengan mata
Tapi Dia sangat dekat dengan kita
Menanti rintihan hati kita
Hanya hati yang ikhlas mencari cintaNya
Akan merasa belaian sutera kasihNya
Pencarian mencari cintaNya
Tidak akan terhenti
Sehingga berhenti denyut nadi