Tuesday, August 2, 2011

hanya sebulan ini je..

Bismillahirahmanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Saw..

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke2 Ramadhan, 2 hari kita dah berpuasa.. Subhanallah, janganlah ramadhan yang mulia ini kita sia-siakan.. Kenapa baru hari ini? Ya, aku pun terfikir jugak kenapa baru hari ini aku post pasal Ramadhan.. Kenapa tidak semalam. Saja je nak mencipta kelainan daripada orang lain..

Oh ya, sebelum pergi jauh, ingin sekali aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa buat anda semua.

Buat sahabat-sahabat yang mungkin terbaca blog ini samada sengaja atau tidak sengaja, mari muhasabah balik.. Dalam 2 hari Ramadhan yang telah berlalu itu, ada tak kita mensia-siakannya? Terjagakah perkataan kita, perbuatan kita, perlakuan kita.. Atau masih sama seperti sebelum tibanya Ramadhan? Terjagakah semuanya??

Kita yang biasa menjadikan MOVIE sebagai tontonan harian, sudah sejauh manakah kita meninggalkannya di bulan ini? Kalau movie yang bermanfaat seperti Sang Pencerah ke, Imam Muda ke dan sebagainya,boleh jugak dimaafkan selagi mana ia tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah. Tapi kalau movie macam movie korea, jepun, ore puteh, hindi, melayu dan sebagainya, tinggalkanlah seketika. Begitu juga kita yang biasa menjadikan musik-musik lagho sebagai halwa telinganya, tinggalkan la seketika.

Adapun kita yang biasa mengeluarkan perkataan yang kurang sedap didengar oleh telinga seperti senget ke, bongok ke, bodoh ke dan sebagainya, jagalah mulut tu supaya berbahasa yang lebih sopan. Katakanlah yang baik-baik saja ataupun diam.

Dan banyak lagi benda yang kurang baik itu perlu ditinggalkan. Kalau tak mampu nak tinggalkan terus, tinggalkanlah seketika pada bulan ini. Hentikan seketika. Hanya sebulan ini sahaja. Demi menghormati Ramadhan yang mulia ini. Janganlah kedatangan Ramadhan kali ini kita sia-siakan. Mulakan perubahan dalam diri. Perlahan-perlahan. Tekadkan dalam hati, 'AKU NAK BERUBAH'. Doa pada Allah, 'YA ALLAH, AKU NAK BERUBAH'.

Untuk kesekian kalinya, ingin aku ulang ayat yang selalu sangat kita dengar.
Manusia ni ada 3 kategori;
1) Manusia yang beruntung, ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam.
2) Manusia yang terpedaya, ialah orang yang hari ini sama seperti semalam.
3) Manusia yang rugi, ialah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam.

Pilihan ada di tangan kita. Berkualiti atau tidak tauliah yang kita dapat selepas Akademi Ramadhan nanti, semua itu bergantung pada diri kita. Siapa berusaha,dia akan dapat balik apa yang diusahakannya. Pilihlah kerana Allah..


" Ya Allah, ringankan seluruh anggota badanku untuk melakukan ibadah kepadaMU Ya Allah.. Ringankanlah Ya Allah, Ringankanlah Ya Allah, Ringankanlah Ya Allah"

p/s: Jangan malas pergi tarawih, dan jangan malas melakukan ibadah-ibadah lain. Kita bukan anak didik syaitan kan selama 11 bulan lepas? Tanya balik diri sendiri..

~semoga dipermudahkan~