Monday, October 29, 2012

kau yang ku sayang!

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Saw...



Duhai yang bernama hati


kuatlah sayang..
kau bukan hanya sekadar hati
kau lebih dari itu..
kau cerminan diriku..

duhai yang bernama hati..
kentallah dikau sayang..
kerna aku bergantung padamu
dan engkau sentiasa dipandang Dia
bicaralah dengan Dia sentiasa
kerana aku menuruti bicaramu
kerana aku mempercayaimu


duhai yang bernama hati
di mana Dia engkau letakkan??
merafak sembahlah pada Allah..
Dia yang menjadikanmu..
letakkanlah Dia ditempat yang paling tinggi
InsyaAllah...yang lain akan hadir mengekorimu...

duhai yang bernama hati..
aku tahu, kau punyai parut-parut luka yang telah berlalu..
dan kadang kala tercarik kembali...
kau luka lagi...
tapi kau tahu kan sayang...
itulah tandanya Dia mengingatkanmu..
agar tak lena diulit mimpi..
agar tak hanyut dibuai naluri
zikir padaNya selalu...


duhai yang bernama hati...
kadangkala aku palitkan tompok-tompok hitam padamu...
maafkan aku sayang...
kau dan aku perlu bersatu membersihkannya kembali..
jangan dengar bisikan syaitan yang menghampirimu...
abaikan pujuk rayu nafsu yang mengikutimu...
kau punya kekuatan tersendiri..
masakan tidak, keranamu aku masih mampu bertahan hingga saat ini..


duhai yang bernama hati,
pimpin tanganku kepadaNya,
kita sama-sama mencari Dia,
akanku sentiasa tempatkan Dia padamu
dan ingatlah hati... 
tidak ada sesiapa yang akan mampu mengambil Dia darimu...



~Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan~

Monday, October 22, 2012

Danbo Words #1

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi saw...










~tawakal-letak setinggi kebergantungan pada Dia~

Saturday, October 20, 2012

Ya! Masih boleh diubah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi SAW..

Aku malu nak bercakap pasal tarbiyyah, sebab aku nie bukan la bagus sangat tarbiyyah aku neh. *Tetiba*

Aku menulis nie pun sebab tetiba ada ilham menulis. Ilham terbaik dari Allah. Hehe... 


*bubur nasi pun sedap gak*

Peribahasa "Nasi dah menjadi bubur" sangat femes di kalangan orang dulu-dulu, dan mungkin juga sekarang. (Aii, peribahasa yang mematikan harapan). Bubur still lagi dalam kategori nasi. Cuma untuk mengembalikan dia kepada rupa asal nasi yang berbiji tu, mungkin sukar lah. Cuma, mungkin kita boleh buat nasi air daripada bubur tadi tu. Masih boleh diubah kan? Itu cuma analogi.



*KREATIF*

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Semuanya bergantung pada diri kita yang berada dalam situasi tersebut. Kuncinya apa? Kena KREATIF! Otak kena cepat berfikir dalam keadaan terdesak. Abaikan kata-kata negatif daipada orang sekeliling. Anggap saja ia kata-kata semangat yang sukar kita jumpa di mana-mana. Hihihi.. Namun tak dinafikan, ada sesetengah orang, bila berdepan dengan masalah, dia mudah sangat gelabah. Haru. Semua benda tak jadi. Nasiblah kamu kalau macam tu. 


*sedap gak walaupun, lain daripada yang dirancang*

Haha.. Ni labu punya pasal la aku posting macam nie. Lain yang nak dibuat, lain pulak yang jadi. Tapi, takpalah. My adeq cakap sedap. Ok la tu. Haha.. Tiada benda yang tak boleh diselesaikan. Yang penting kena KREATIF.. Ya! Masih boleh diubah..




Biar jauh kaki kita lari dari jalan Ilahi.. tapi Allah still sayangkan kita..

kenapa??? sebabbbnya......
even kita off track pon DIA boleh pusingkan hati kita pada DIA balik dengan jayanya...
hebat kan Tuhan kita Allah???



~Masih boleh diubah~

Monday, October 8, 2012

Ada apa dengan Says?

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi saw..

Sejak minggu lepas lagi aku dok bagi link dekat kawan-kawan melalui facebook supaya diorang daftar dekat Says nie.. Tapi takda sorang pun yang mendaftar.. Takpa, aku tak salahkan diorang.. Sebab aku pun bagi link jer, tapi aku tak bagitau diorang pun Says tu apa.. hehe.. Memang la diorang pening.. Aiyoyo..

Apa itu says??
Ok, ape dia Says nie sebenarnya? aku pun dari minggu lepas explore pasal says nie.. Nak pastikan Says nie betul-betul halal.. Bukan MLM punyer ea. Dan Says nie Malaysia nyer. Ok, meh sini aku nak habaq.
Says nie salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat tym korang free dok penat-penat buat assignment yang lecturer bagi. Tugasnya satu jer, kena iklankan kempen2 Says dalam facebook, atau twitter, atau blog, ataupun tumblr. Atau di mana2 je halaman sosial yang korang rasa korang nak promotekan kempen says. Korang boleh pilih mana-mana iklan yang korang rasa sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan korang.

Macam mana nak dapat duit dengan says??
Berminat ker nak tau? Kalau tak minat, stop la baca. Hehe.. Tak paksa pun untuk baca. Ok.

1. Mula-mula kena daftar dulu dengan Says.
2. Kemudian pilih mana2 available campaign dalam list Says.
3. Klik pada kempen tu.
4. Says akan beri satu link untuk dipromosikan.
5. Copy dan paste link tersebut atau promosikan di wall facebook atau tweet di twitter atau boleh juga klik button share atau tweet yang dah ada kat website Says. Boleh jugak share di group2 yang korang dah biasa join.

Kalau ada sesaper yang klik iklan yang korang kempenkan tadi, korang akan dapat RM 0.20 untuk 1 kali klik. Memang tak banyak dapat untuk sekali klik. Makin ramai orang klik, makin banyak la korang dapat.  Pandai2 korang la cmana nak buat ramai orang klik iklan yang korang kempenkan tu. Cuma diingatkan, ini juz part time jer. Jangan lak assignment terabai sebab duk syok kempenkan iklan says nie. Nie amaran awal lah. Hehe..

Okay, tu satu perkara. Satu perkara lagi, korang boleh invite kawan-kawan korang untuk join Says nie dengan menggunakan refferal link yang disediakan untuk korang. Setiap refferal yang berjaya, Says akan kreditkan RM5 ke akaun korang. Sekali lagi, nie bukan MLM nyer. RM5 yang says kreditkan tu kira macam reward la. So, pandai2 lah nak buat orang sign up guna refferal link korang.

Macam mana nak keluarkan duit dari akaun says??
Macam nie haa.. mudah jer.. Korang boleh keluarkan duit korang daripada akaun says bila earnings korang dah cecah minimun RM50. Bayaran akan dibuat secara terus ke akaun korang apabila korang tekan butang "Cash Out".

Macam mana nak daftar Says?
1. Klik link nie --> Register For FREE With Says.My
2. Klik button 'Sign Up Now'. Ikut arahan yang diberi step by step. Isi betul2 maklumat. Kalau anda tipu, nt susah nak buat Cash Out.
3. Buka email yang korang guna untuk daftar Says tadi, then click activation link yang diberikan untuk pengesahan akaun says korang.
4. 'Sign In' semula ke akaun Says dan Update profile korang.
5. Done! Sekarang korang dah boleh mula share kempen-kempen yang diberikan dengan menggunakan link yang disediakan untuk korang. Ataupun korang boleh terus share melalui beberapa butang social sharing yang disediakan.

Korang akan dapat RM 0.20-RM0.40 untuk setiap klik yang diterima (bergantung pada iklan yang korang kempenkan lah. Kalau rajin promote dan pandai gunakan teknik promosi, cepatlah earning korang naik. Setakat RM50 tu senang je dapat. Tu pun kalau korang rajin, insyaAllah..^^

Ini bukti Income yang korang
boleh dapat dengan Says!!
|
|
|
V
*Klik untuk besarkan

Ini lak bukti earning yang dah berjaya
aku kumpul dengan Says!
|
|
|
V
*tak banyak, sebab aku baru start promote semalam. haha..


Amacam?? Berminat tak??
Jadi, what you waiting for??? Daftarlah sekarang!!!
============================================
============================================

P/S : Pada yang nak join tapi masih ragu-ragu tuh, jangan risau..
Pendaftaran adalah PERCUMA!! Tak perlu apa-apa modal pun
untuk mendaftar & mempromosikan iklan says nie. 

~Bisnes itu sunnah~