Sunday, October 17, 2010

Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya.. SyurgaNya.. CintaNya

Lama sungguh diri ini x menulis.. Mungkin buat masa ini perkataan yang paling sesuai aku nyatakan bahawa diri ini sangat kesuntukkan masa a.k.a terlalu sibuk. Memandangkan beberapa hari lagi nak hantar deraf tesis. Boleh dikatakan sehingga saat ini baru 65% sudah siap tesis+sistem. Sambil2 buat sistem,aku juga menulis tesis. Banyak permintaan sahabat2 aku tolak. Ada yang mintak hantar g mana2, yang mintak ajar C++, yang mintak amik dari kampus @ asrama dan sebagainya. Semuanya ku tolak demi melebihkan priorityku pada final year project. Maafkan diri ini adik2, shbt2, akak2.. Aku x mau kecewa untuk kesekian kalinya. Cukup hanya sekali. Semua permintaan anda akan ku tunaikan sebaik sahaja selesai perjuanganku untuk fyp ni.. insyaAllah..

Tibe2 terfikir,ape kaitan 'atas nama cinta' dengan apa yg aku tulis sekarang ea? 2 baru intro.. Sabar la ye.. hehe.. Agak tersasar. Tadi pikir benda lain,tulis pulak benda lain. hehe.. Sambil2 tulis tesis,pasang lagu atas nama cinta by UNIC. Bila dengar lama2,teringat suatu ketika dulu. Bukan la aku bcinta ke ape.. Tibe2 rasa nak cakap, aku x pernah pn mengenal ape itu istilah 'bercinta'. Tapi rasa suka kt orang 2 pernah la, tapi pendam dalam hati je. Malu. Xtau la malu pd sape. Alhamdulillah Allah pelihara malu itu sehingga hari ini. Kata-kata mak masih segar dalam ingatan.. aku pegang sehingga kini.. "Kalau nak bercinta, xyah g sekolah. G kawin terus". "Kalau mak sampai kena panggil ke sekolah sebab kes bercinta,mak akan berhentikan sekolah terus. Sekolah pn xda guna. Baik kawin". Panas telinga mendengar. Tapi 2 la kata-kata azimat yang membuatkan aku jadi seperti aku pada hari ni. Mak aku sangat tegas bab 2. Tapi 2 la cara dia mendidik kami adik beradik.

Kadang-kadang bila tengok kawan2 seangkatan couple, aku terfikir..'bez ke couple?'. Bila aku balik cuti semester, masa dok kemas2 rumah aku salu terbaca surat cinta adik. Kelakar. Ntah ape2. Kadang2 aku rasa org yg couple ni bodoh(kasar bunyinya). Kadang2 bergaduh,kadang2 berbaik, rajuk merajuk, pujuk memujuk,romantik la kononnya.. Paling bodoh sekali, kalau yang selalu bertukar2 couple. Hari ni bgaduh dengan si A,esok couple dgn si B. Hari esok gaduh dengan si B, hari lusa couple balik dengan si A. Arghh.. Kita yang tengok pulak tension. X pernah ke ada rasa boring terdetik di hati? Nak pujuk yang merajuk...ah boringnya semua 2. Ntah ape dalam fikiran org yang sedang bercinta 2.

Tertarik dengan baris lagu UNIC ni..
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Padaku jelas apa yang ingin disampaikan oleh mereka. Bila dalam hati ada cinta manusia, maka sirna la cinta Allah dari dalam hati. Bilamana meletakkan cinta manusia di level yang tertinggi dalam hati mengatasi cinta Allah..2 yang jadi mcm2 bila bgaduh. Ada yang sanggup membunuh kerana taksub pada cinta manusia. Semoga aku dan kalian yang membaca post ni dijauhkan daripada semua 2. Fitrah hati-cinta yang berada di puncak tertinggi dalam hati ialah cinta Allah. Bilamana kita buat dosa kecik apatah lg yg besar, hati memberontak tau. Pernah x rasa macam ada sesuatu yg x kena pada hati bila kita buat jahat kt orang atau buat sesuatu yang Allah x redha. Jangan sampai kita bagi hati yang sangat kotor pada Allah di akhirat nanti. Jangan sampai cinta manusia yang fana itu merampas rasa cinta kita pada yang Maha Esa. X kira la cinta kaum berlainan jenis ke, sayang pada keluarga ke, sayang pada sahabat ke dan segala sayang pada makhluk ciptaanNYA. Cinta Allah bukan untuk di'dua'kan. Dan hendaklah sama-sama beringat, syirik yang paling besar sekali ialah mensekutukan Allah dengan yang lain.. Wallahu'alam.

~hamba yang masih bertatih di Bumi Tuhan dalam kembara mencari Yang MAha Satu~

Thursday, August 19, 2010

Suara Hidayah

Suara ku dengar menyeru kepadaNya
Suara bergema memuji kebesaranNya
Suara memujuk pinta mendekatiNya
Suara hidayah mengajak mentaatiNya

Itulah suara yang ku rindui
Itulah suara yang ku nantikan
Itulah suara membawa kebenaran
Itulah suara datangnya dari tuhan

Sambut ia terimalah bila datang pada kita
Kerna ia hanya datang pada hamba yang terpilih
Tidak akan kau temui untuk kali keduanya
Takkan dapat engkau cari bila ia telah pergi

Syukurilah dan amalkan
Sampaikanlah pada siapa pun
Perjuangkan dalam hidupmu
Moga rahmat Allah bersamamu

Ramadhan yang kurindui..

10 tahun lepas, pernah saya rasa sangat sayu hati bila tiba bulan ramadhan. Stiap kali ramadhan, pasti rasa sebak semacam,ntah kenapa. Jauh di sudut hati, saya rindu sangat pada bulan ini. Kini, 10 tahun lepas 2 dh berlalu. Kadang-kadang, saya tercari-cari hati saya 10 tahun yang lepas. Hati yang merasai pahit manis hidup ini. Perasaan yang sukar untuk dirungkaikan. Tapi skrg, Ramadhan yang datang semakin kurang dihayati. Rasa rindu itu makin lama makin pudar. Bak kata Ust Pahrol, "akal lupa berfikir, hati alpa berzikir". Astagfirullah.. Orang ckp, masa belum dapat sesuatu, byk usaha kita lakukan, tapi bila dh dapat, kurang sekali nak menghargai apa yang kita dh dapat.

Semalam semasa duk dengar2 lagu-lagu ramadhan,tba2 kenangan suatu ketika dulu datang bertandang di fikiran. Lama rupanya hati ni x dimuhasabah. Terlalu alpa dengan dunia yang fana agaknya. "Kerna ku manusia biasa". Alangkah sukarnya nak mendapatkan Yang Maha Satu kalau Allah x bagi hidayah. Mahalnya harga sebuah hidayah. Tapi sayang, x ramai yang menyedarinya. Yang sedar pn, x ramai yang menghayatinya. Kerana hati dan akal belum bersatu dengan sebaiknya. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kepada kita semua. Sikit pn xpe, yang penting ada. Kalau banyak, alhamdulillah,semoga istiqomah.

Ya Allah, syukur alhamdulillah. Hanya itu yang mampu ku lafazkan di saat ini. Semoga rindu ini terpelihara sampai bila-bila. Amin.

Tuesday, June 8, 2010

Realiti yang perlu diubah!!


Saya malas nak cakap panjang ttg post neh.. Sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan.. Masih ada masa utk lakukannya. Tanya iman di dada. Sanggup ke tak???!! Jawapannya ada pada diri anda..

Saturday, June 5, 2010

Solat Akhir Waktu

Saya mencari-cari artikel ni,baru terjumpa. Agak tertarik dengan artikel ni ketika kali pertama membacanya.. Sedikit perkongsian yang mudah-mudahan bermanfaat buat pengunjung blog saya ni..

Solat Akhir Waktu


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..
Setiap kita ada malaikat-malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya “free” Sekatan tol tiada Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
Tapi sekatannya MasyaAllah….

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka Jatuh berderai…

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka…Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish….Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai
Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang...

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.


Friday, June 4, 2010

KAU, AKU dan KAMI dalam kurniaan rezeki

Alhamdulillah 3 minggu lepas saya telah menghabiskan Buku Nota Hati Seorang Lelaki. Buku yang saya beli kira-kira 2 bulan lepas. Agak menarik pengisian dalam buku tersebut. Sedikit perkongsian daripada 1 bab daripada Buku Nota Hati Seorang Lelaki hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.. "KAU, AKU dan KAMI dalam kurniaan rezeki". Mungkin pernah terlintas di fikiran kenapa Allah kadang-kadang menggunakan 'AKU', kadang-kadang pula menggunakan 'KAMI' dalam Al-Quran. Buku ini menjawab persoalan tersebut.


Aneh, kadangkala Kau gunakan ‘Aku’, kekadang Kau gunakan ‘Kami’. Aku amat daif, tidak mudah mengerti akan maksud-Mu. Namun, kemudiannya aku dikejutkan oleh pancaran ilmu. Terkesima sebentar, mengapa selama ini aku tegar melupakan. Kaulah ‘Aku’ dan Kau jualah ‘Kami’.



Itulah catatan awal saya pada diari 2007.



Seusai kuliah tafsir hari itu saya termenung. Kagum dengan bahasa al-Quran. Amat tinggi makna dan didikannya.



“Dalam al-Quran ALLAH ada menggunakan ganti nama Ana – maksudnya ‘Aku’. Tetapi pada keadaan-keadaan tertentu, ALLAH gunakan ganti nama Nahnu – maksudnya ‘Kami’. Apa rahsianya? Maha suci ALLAH, yang tidak akan menyatakan sesuatu yang kecil dan remeh dalam kitab-Nya yang maha besar dan agung. Perbezaan itu pasti ada makna yang berbeza.” kata ustaz memancing tanda tanya.



“Apa bezanya, ustaz?” saya seakan merayu.

“Bila ALLAH gunakan ‘Kami’, itu menunjukkan ada keterlibatan ‘pihak’ lain dalam perlakuan dan ketentuan-Nya. Contohnya, dalam pemberian rezeki kepada manusia, ALLAH gunakan ganti nama ‘Kami’.” beliau menjawab.



Belum sempat saya bertanya lagi, beliau terus menyambung, “sebab dalam pemberian rezeki ALLAH libatkan matahari, hujan, air, haiwan, tumbuhan dan lain-lain. Buah-buahan yang dimakan manusia misalnya, ada campur tangan makhluk lain yang menyampaikan rezeki dari ALLAH itu kepada kita.”



Saya diam. Berfikir.



“Ertinya, makhluk telah dijadikan saluran rezeki daripada ALLAH kepada makhluk yang lain?”



“Itulah kebesaran ALLAH. Tapi pada waktu yang sama, hakikat itu turut menguji kita.”



“Menguji kita? Bagaimana tu, ustaz?”



“Oleh kerana kurniaan rezeki dibuat oleh ALLAH secara tidak langsung yakni melalui saluran-salurannya, maka ramai manusia terlupa bersyukur kepada-Nya. Hati manusia terhijab daripada ‘melihat’ ALLAH di sebalik setiap rezeki. Manusia hanya melihat ‘aluran-saluran’rezeki, bukan sumber asas – ALLAH!”



“Oh, patutlah sikit sekali hamba yang bersyukur.”



“Itu ujian pertama, ada lagi ujian-ujian lain yang menyusul.”



“Ujian lain?” soal saya.



“Manusia terlupa bersyukur sesama manusia! Ada yang hanya mahu bersyukur kepada ALLAH tetapi tidak mahu bersyukur sesama manusia. Kononnya makhluk tidak harus bersyujur kepada sesama makhluk. Itu salah.”



“Jadi maksud ustaz, kita harus bersyukur kepada ALLAH sebagai sumber rezeki dan segala saluran-saluran rezeki-Nya?”



Dia mengangguk, senyum.



“Mengapa manusia tidak mampu bersyukur sesama manusia?” tanya saya lagi.



“Sebab hati manusia telah dilindungi oleh rezeki hingga lupa saluran rezeki itu. Berapa ramai peniaga yang hanya menghargai keuntungan tetapi tidak menghargai pelanggan? Berapa ramai murid yang menghargai ilmu tetapi melupakan guru? Berapa ramai pula yang menghargai nasi, lauk dan rumah tetapi memandang rendah para petani, nelayan dan pekerja? Menghargai keamanan, melupakan polis dan tentera?”



“Mengapa rezeki atau nikmat boleh menghijab hati daripada bersyukur kepada sesama manusia?”



“Sebab ramai manusia hanya ingat nikmat tapi lupa Pemberi Nikmat, ALLAH. Kalau dengan Pemberi Nikmat pun manusia boleh lupa, apalagi kepada saluran-saluran nikmat. Al hasil, tanpa disedari kita sering merasakan nikmat itu dari kita dan untuk kita.”



“Sedangkan nikmat itu hakikatnya daripada ALLAH dan perlu digunakan untuk ALLAH semula, kan?”



“Apa yang dikurniakan ALLAH untuk kita ialah hidayah-Nya kepada kita, dan apa yang kita lakukan terhadap anugerah itu adalah ‘hadiah’ kita kepada-Nya.”



“Walaupun sebenarnya hadiah kita kepada ALLAH itu akan pulang semula kepada kita? Maha suci ALLAH yang Maha Kaya daripada memerlukan sebarang manfaat daripada kita hamba-Nya.”



“Ada ujian lagi.”



“Ujian lagi?” tanya saya.



“Bukankah hidup itu satu ujian? Ingat tu. Ujian ketiga ialah buat saluran-saluran rezeki. Mereka juga diuji.”



“Maksud ustaz setelah penerima rezeki diuji, penyalur rezeki juga duiji?”



“Malah ujiannya lebih berat. Antaranya, jangan sekali-kali menyekat rezeki orang lain yang ‘melalui’ saluran kita. Itu samalah menyekat rezeki ALLAH kepada orang lain. Ingat, kekadang kita hanya jadi saluran. Rezeki yang datang bukan untuk kita tetapi kita diuji untuk memberikannya kepada orang lain.”



“Wah, ini amanah untuk orang berharta, berilmu, bertenaga.”



“Amanah yang kerap dipersia. Harta ditahan, diempang, tanpa dilepaskan oleh si kaya. Ilmu disembunyikan, dikekang, oleh yang alim dan arif. Tenaga dipendam oleh yang gagah dan berkemahiran. Ini ujian buat saluran rezeki.”



“Mereka tidak bersyukur. Mengikut apa yang saya tau, syukur itu ada tiga. Syukur dengan lidah, hati dan anggota. Syukur pada anggota ialah bila kita dapat gunakan nikmat selaras dengan tujuan ALLAH mengurniakan nikmat, bukan begitu ustaz?”



“Ya. Si kaya diberi harta dengan maksud membantu yang miskin. Yang alim mengajar yang jahil. Yang kuat membantu yang lemah. Itulah tujuan ALLAH mengurniakan rezeki kepada saluran-saluran-Nya.”



“Terima kasih ustaz. Hampir lupa saya, itu rahsia di sebalik ganti nama ‘Kami’. Apa pula maksud di sebalik ganti nama ‘Aku’?” tanya saya seakan mengingatkan.



“Bila ALLAH gunakan ‘Ana’ atau Aku, ALLAH selalunya merujuk kepada pengampunan dosa, penerimaan taubat. Maksudnya, dalam penerimaan taubat dan pengampunan dosa, ALLAH menggunakan ganti nama diri-Nya sendiri. ALLAH tidak melibatkan saluran-saluran dari kalangan makhluk-makhluk yang lain.”



“Maksudnya?”



“ALLAH secara langsung mengampunkan dosa para hamba-Nya yang bertaubat. Itu sebabnya digunakan kalimah ‘Aku’, bukan lagi ‘Kami’.”



“Implikasinya?”



“Jika kita berdosa, mohon taubat secara langsung kepada ALLAH. Dan ALLAH akan mengurniakan keampunan-Nya, tanpa melalui perantaraan lagi. Tidak seperti rezeki yang dikurniakan melalui saluran-saluran-Nya.”



“Tapi hakikatnya, pengampunan dosa dan pengurniaan rezeki sama-sama milik ALLAH jua, ....kan....? Yang berbeza hanya caranya.”



“Begitulah keagungan dan kebesaran ALLAH. Pada saluran-saluran rezeki terserlah kebesaran kerajaan-Nya yang maha luas dan daerah takluk-Nya yang tidak terbatas. Itulah rahsia di sebalik ganti nama ‘Kami’. Namun pada sifat Pengampun dan penerimaan taubat-Nya terserlah keakraban dan keintiman-Nya yang mencecah hati manusia. Itulah yang tersirat di sebalik ganti nama ‘Aku’.” rumusnya seakan penutup bicara.



“Terima kasih ustaz, terima kasih ustaz.” kata saya berkali-kali.



“Terima kasih kembali. Saya pada zahirnya hanya menjadi saluran-Nya untuk kamu dan kamu pula menjadi saluran-Nya untuk saya. Marilah kita bersyukur sesama kita sebagai jalan bersyukur kepada ALLAH.”



Dalam hati saya tidak berhenti-henti bersyukur. Mujur masih ada ulama yang begini, yang hanya merasai dilibatkan oleh ALLAH dalam Kami-Nya bukan Aku-Nya. Dengan kenangan di kuliah tafsir pada Mei 2006 itu, saya catatkan:



Ya ALLAH, ampunkan aku dengan ‘Aku’-Mu dan kurniakanlah aku rezeki melalui ‘Kami’Mu!



Dan dengan itu saya akhiri catatan awal di diari 2007!

Monday, January 25, 2010

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci...


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'dia' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...sayangi...Berperang dengan dia bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.


Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah dia itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.


Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Atau Tuhan?? Subhanallah...Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..