Wednesday, May 9, 2012

heart talk..

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi SAW..

.:luaskan hidup berTuhan:.


aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih
mengadu rindu padaNya
mengasihiNya sepenuh jiwa raga
mencintaiNya sekuat hati

aku impikan diriku
yang sentiasa mengalirkan air mata
akibat rindunya aku pada Penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
akibat segannya aku kerana sering menipu
kecintaanku padaNya

aku impikan diriku
yang sentiasa bergetar hatinya
pabila nama Tuhanku disebut
jantungku berdegup kencang
bila disebut azabNya
tetapi tenang semula
pabila diceritakan tentang kasih sayangNya

aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNya
akan nikmatNya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa-apa
Dialah Yang Maha Pemberi

aku impikan diriku
yang sentiasa bertawakal kepadaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha Suci dari menzalimiku
kerana Dia Penciptaku
yang penuh kecintaan pada makhlukNya yang dhaif
seperti aku...

.:Allahu Rabbi:.

hidup bukan semata-mata hidup
hidup untuk menjadi khalifah di bumi fana
membawa amanah yang tidak terhingga
amanah yang tidak mampu dipikul oleh gunung
hatta seluruh makhluk di bumi ini
tetapi aku, yang bernama manusia
menyanggupinya

kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
korbankanlah apa saja keranaNya
cintakan Tuhan cinta yg abadi
cintakan selain Tuhan cinta murahan

~Allahu Rabbi~

1 comment: