Friday, September 25, 2015

Kembali

Dah dua tahun blog ini sepi. Bukan tak nak update, tapi dunia hari ini yang lebih tertumpu pada wassap, facebook, dan media sosial yang lebih pantas daripada blog. Hari ini terasa ingin menghidupkan balik blog yang telah lama kosong ini. Kosong dari tarbiyyah. Kosong dari perkongsian ilmu. Astaghfirullah, ke mana masa dihabiskan selama 2 tahun ini?

Mungkin terlampau sibuk dengan urusan keduniaan. Atau mungkin juga untuk mengelakkan diri ini menulis sesuatu yang sia-sia. Mungkin jawapan yang kedua ini lebih rasional. Apa pun alasannya, semoga terus istiqamah dalam kebaikan. InsyaAllah.

Banyak perkara yang berlaku selama 2 tahun mendiamkan diri. Tak perlu rasanya diceritakan satu persatu. Cukup hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kerana kita sedang melalui perjalanan taqdirNya. Dan perjalanan yang telah Dia aturkan untuk kita sudah pasti akan menemui pengakhiran yang baik, walaupun kadangkala kita tidak dapat melihat hikmah di sebalik apa yang Dia telah taqdirkan untuk kita. Kalau terasa lemah, cukup ayat ini untuk memujuk hati yang resah dengan ketentuanNya. Kerana hikmah ini manis bagi sesiapa yang mendapatnya. Allahu Rabbi.

No comments:

Post a Comment