Saturday, February 25, 2012

wahai kekasih

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Saw...

lama pulak tak update kawan ku nie.. hehe.. xde benda nak ditulis pun sebenarnya.. xde idea.. siang-siang hari nie, otak lambat sikit nak bekerja.. maunya tido jer.. eheee.. dan satu sebab lagi, aku nie tak berapa berbakat nak menulis sebenarnya.. kerkerker..

hmm.. masih tak terlambat lagi kan nak berbicara tentang maulidur rasul.. sekarang pun masih dalam bulan Rabiulawal, bulan kelahiran nabi.. tengah-tengah dengar lagu mengemis kasih by Ust Nazrey dekat youtube, tumpang la dengar lagu Wahai Kekasih...oleh Ust Nazrey jugak.. aku suka dengar lagu2 Ust Nazrey.. suara dia tuh, sangat menyentuh jiwa.. terasa keikhlasannya menyampaikan dakwah melalui nasyid-nasyid beliau... kalau nak dengar lagu tu, cari sendiri lah yea kat youtube or 4shared..

Wahai Kekasih

wahai seorang kekasih
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira
syafaatmu menanti di sana
sungguh tabahnya hatimu
menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih tersiksa
kerana umat kau tempuhi jua
wahai Rasul kaulah segalanya
contoh terbaik umat akhir zaman
akhlakmu tinggi kan kami jejaki
sifatmu sempurna melengkap peribadi
wahai Rasul kami merindui
sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba
di hati kami kaulah segalanya

Hari tu masa dekat-dekat Maulidur Rasul, ada sorang Ustaz nie bagi satu kertas kerja tentang Rasulullah.. agak best la penyampaian dia.. sangat merendah diri.. Ingat lagi ayat last dia....

'Walaupun cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tidak sampai tahap cinta sahabat-sahabatnya, tersemai juga dalam hati sanubari kita cebisan cinta terhadap Rasulullah s.a.w'.

Ya, walaupun cinta kita mungkin tidak sampai kepada tahap cinta para sahabat kepada baginda saw, namun tersemai jugak la dalam hati sanubari kita nie cinta pada Rasulullah.. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

~Salam Maulidur Rasul~

No comments:

Post a Comment